December 31, 2011

Kenangan

31 Disember.
Hari terakhir untuk 2011.
Aku sekarang di tempat kerja.
Boring tahap dewa.
Apa aku buat?
Muat turun telemovie yang aku tertinggal.
Muat turun lagu terkini dari Indonesia.
Sekarang jam 2.52.
Cuaca masih cerah.
Tapi aku pasti sekejap lagi awan datang.
Cuaca mendung.
Lepas tu hujan mencurah-curah.
Aku tak terkejut pun kalau itu benar-benar terjadi.
Ha ha.
Pandang semula ke belakang.
Maksud aku pada sepanjang tahun 2011.
What have I achieved in 2011?
Susah nak jawab.

(selepas 10 minit) Kalau dah susah, aku rasa tak payah lah aku jawab.
Kalau kenangan sepanjang tahun 2011?
Aku rasa aku boleh jawab.
Kot.

  1. Celebrate birthday and layan Java Jazz Festival di Jakarta.
  2. Jumpa one of my favorite artists, Dato’ Sheila Majid. (she’s so nice!)
  3. Pergi konsert David Foster and friends. (best giler!)
  4. Family vacay! (minus my brother) ke Kuching and jumpa kawan-kawan kat sana. (seronok!)
  5. Holidaying in Phuket!
Apa lagi ya?
Semua macam kenangan manis saja kan?
Kenangan pahit for sure ada.
Tapi orang kata kenangan pahit usah dikenang.
Cukuplah aku seorang saja yang tahu kenangan-kenangan pahit aku.
Betul tak?

Happy New Year!

Cepat la pukul 5.30pm…aku nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Ha ha.


December 20, 2011

Resipi Rambut Pari-pari (atau Malaikat?) Goreng

Minggu lepas ada kawan aku suggest untuk buat photo cook-off.
Just for fun.
So we decided to make a pasta dish for the photo cook-off.
Aku bukannya expert bab masak-memasak ni, but can do lah!
Aku google cari resipi yang paling menarik untuk ditonjolkan.
Something unique.
Something exotic gitu.
And something unexpected.
Tak tau la if recipe yang aku tengok ni cukup unik, cukup eksotik dan cukup tidak dijangka.
Tapi aku nak share dengan korang.
Tapi aku tak nak specify berapa banyak kena letak bahan-bahan itu.
Sebabnya bila nak masak ini bagi aku ikut suka hati tekak korang.
Nak banyak garam, letak lah. Nak banyak gula letak lah.
Nanti aku cakap letak 2 sudu, korang kata tak cukup manis.
Aku cakap letak 2 cubit, korang kata terlebih masin.
Last-last aku yang kena cubit.
Ha ha.
Sorry, lawak bodoh.
So here it is – My Stir-Fry Angel Hair with Fried Egg

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Suka hati nak guna olive oil ke (which is better) atau minyak yang korang selalu guna. Yang nak makan korang, bukan aku.
  2. Tumiskan bawang putih. Aku suka bawang putih. Jadi, aku memang letak banyak bawang putih. Jangan sampai kuning sangat, Cukup bila sampai naik bau.
  3. Masukkan cendawan. Suka hati cendawan yang macam mana. Nak letak cendawan butang ke, tak kisah lah. Aku suka letak shiitake mushroom sebab nampak fresh dan texture and color dia menarik. Me likey!
  4. Lepas tu letak sedikit garam dan sedikit kiub ayam. Ataupun korang boleh letak penambah perisa yang “Cukup Rasa” tu.
  5. Then masukkan snow peas. Dalam Bahasa Melayu apa ya? Kacang salji? Ha ha. Bukan kot. Aku pun tak tahu. Macam kacang muda. Pandai-pandai lah korang. Kalau tak tahu, google. Kalau tak jumpa, masukkan je sayur lain. Tak berdosa pun.
  6. Oh ya, sebelum tu, boleh la korang rebus pasta. Aku guna Angel Hair sebab kecil, senang nak gaul. Tapi korang boleh guna spaghetti ke, penne ke, macaroni ke, apa-apa sahaja lah yang korang suka.
  7. Jadi boleh la masukkan pasta dalam kuali yang kita masak tadi. Dan gaul.
  8. Letakkan juga basil and oregano. Kalau ada yang fresh, lagi bagus. Tapi aku guna yang dried saja.
  9. Lepas itu korang boleh letak sayur-sayur yang korang suka lah. Macam aku, aku tak suka letak banyak-banyak. Aku letak red bell pepper and cherry tomatoes.
  10. Kalau nak tambah pedas sikit, masukkan crushed black pepper.
  11. Dah siap.
  12. Hidang dalam pinggan. Lepas itu goreng telur. Aku suka telur goreng yang tak berapa masak. Yang kuning dia cair lagi. Fuhhh….heaven!
  13. Lepas itu boleh letakkan chilli flakes untuk lebih KICK!
  14. Tamat.
  15. Kat bawah ini ada gambar. 
Dish ni dapat Most Appealing/Best Presentation Award. Ha ha!
Mengancam jiwa tak bila tengok gambar ni.

December 19, 2011

Empat Setengah Bintang

Malam Ahad lepas aku pergi tengok Songlap di Sunway Carnival, Seberang Jaya.
Tengok trailer kat tv memang nampak best.
Bila baca review dalam The Star, reviewer kata “don’t miss it!”.
Tapi sebelum baca review memang dah book guna MaxisMovies apps, taking advantage of Buy 1, Free 1 promotion.
Aku agak skeptical sikit dengan Shaheizy Sam.
Bukannya apa, selepas dia berlakon dalam cerekarama Pa’e bertahun-tahun yang lepas, aku rasa dia tak banyak melakonkan watak yang boleh menunjukkan kredibiliti dia sebagai seorang pelakon yang cukup hebat.
No doubt, dia memang popular lah.
Lakonan dia selama ini banyak menjurus kepada yang watak yang agak komedi.
So aku teringin nak tengok dia bawa watak yang lebih serius, so I thought Songlap would be that one film.
Shafie Naswip aka Mukhsin bagi aku dia memang seorang pelakon yang hebat.
Pernah tengok Mukhsin, pernah juga tengok drama-drama lain yang dia lakonkan.
Aku tak ada masalah dengan lakonan dia.
Sara Ali.
Nama baru.
Dalam The Star kata, lakonan dia mantap walaupun dialog dia cuma ada lebih kurang 20 lines.
Aku tak pernah tengok Sara Ali berlakon.
Tapi akhir-akhir ini selalu nampak dia kena interview kat tv.
Tengok cara dia bercakap macam agak kasar which for me is something new kalau nak dibandingkan dengan pelakon-pelakon wanita baru yang lain yang semuanya berlagak ala-ala ayu gitu kan.
Tapi lakonan hampeh.
Ha ha ha.
Review kata antara pelakon-pelakon yang bawa watak dengan cukup berkesan ialah Normah Damanhuri, Rozie Rashid dan Omar Abdullah.
Jadi malam Ahd lepas aku tengok Songlap.
Empat setengah bintang! (daripada lima)


December 7, 2011

Pelangi

Agak lama tak update blog ni.
Sibuk sikit.
Tak pun buat-buat sibuk sikit.
Ha ha.
Time aku tulis blog ni hujan tengah turun.
Agak lebat.
Dah lama hujan tak turun lebat macam ni.
Bagus juga.
Tiba-tiba teringat cerita “Nur Ain” dalam slot Cerekarama last week.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.
Dan dia turunkan petir dan hujan.
Kita pun tertanya-tanya di manakah matahari?
Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.”

Aku rasa ramai yang dah pernah dengar ayat-ayat tu.
To be honest, baru masa tengok “Nur Ain” itu pertama kali aku dengar.
Aku tak pasti sangat apa maksud ayat-ayat itu.
Tapi mengikut pemahaman aku, matahari itu umpama satu cahaya ataupun hikmah.
Jadi, adakalanya Allah sembunyikan seketika cahaya ataupun hikmah di dalam kehidupan kita.
Dan didatangkan pula dugaan dan cabaran kepada kita untuk melihat sejauh mana kesabaran kita.
So, petir dan hujan tu pula umpama dugaan, cabaran, kesakitan, kesedihan dan apa juga lah yang berlaku dalam hidup kita.
Agaknya sebab itu orang kata, mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan itu.
Hikmah tu kan telah disembunyikan seketika.
Dan apabila kita melalui dengan penuh kesabaran dan kecekalan, Allah akan kembalikan hikmah itu dan bukan itu sahaja, Allah hadiahkan sesuatu yang lebih lagi, iaitu pelangi.
Pelangi itu mungkin sesuatu yang tidak pernah kita expect kita akan dapat sebelum ini.
Betul tak tafsiran aku?
Kalau tak betul, tolong betulkan ya.
Saya budak baru belajar.
Ha ha.



December 2, 2011

Buku (bukan muka buku)

“The world is a book, and those who do not travel read only a page – Saint Augustine

Itu yang mamat nama traveldudes message pada aku bila aku follow twitter dia.
Menarik juga quote yang dia bagi.
Since aku ni agak rajin jugak bertravel (kerana tugas dan kerana suka-suka), so nak juga aku tengok dah berapa helai page aku baca.  
Bila dah start kerja ni, rasanya masa tahun 2007 yang aku start aktif bertravel.
Laluan itu dibuka oleh former boss aku yang kasi aku chance travel dengan dia dan big boss.
Let’s see.
2007 – Dusseldorf and Cologne, dua-dua kat Jerman (2 pages)
2007 – Birmingham, United Kingdom (1 page)
2007 – Budapest, Hungary (1 page)
2007 – Hanoi, Vietnam (1 page)*
2007 – Chennai, India (1 page)

Sekejap. Kalau dalam negeri, nak kira tak?
Err…tak payah lah kot kan.

2008 – Bangkok, Thailand (1 page)*
2009 – Yogyakarta, Indonesia (1 page)*
2009 – Singapore, Singapore (1 page)
2009 – Bali, Indonesia (1 page)*
2010 – Brunei Darussalam (1 page)*
2010 – Singapore lagi….nak kira tak? Tak payah jugak lah kot…
2011 – Jakarta, Indonesia (1 page)*
2011 – Phuket, Thailand (1 page)*

Aku kira, ada 13 pages semuanya.
Rasa macam sikit lagi.
2011 dah nak habis.
Tak sempat nak tambah page.
Hopefully 2012 aku boleh tambah 2-3 pages lagi.
Agak-agak kalau lagi 3 tahun, boleh tak jumlah pages yang aku baca jadi 20 ke?

Yang tanda * tu ialah tempat-tempat yang aku pergi suka-suka bukan sebab kerja-kerja.

(LIMA MINIT BERSELANG).

Eh, masa aku belajar kat US dulu, ada banyak juga tempat aku dah travel.
Itu pun mesti kira kan.
Tak apalah.
Esok-esok aku kira.

Korang tak nak follow twitter aku ke?

Jumaat

Assalamualaikum wbt.
Hari ini hari Jumaat.
Jadi mukadimah entry ini pun agak Islamik juga lah.
Ha ha.
Ramai orang suka hari Jumaat.
Memang orang bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan setiap kali tiba hari Jumaat.
TGIF!
Termasuklah aku.
Esok aku still kena kerja.
Tapi belum sampai esok pun, aku dah plan nak buat apa hari Ahad.
Plan konon nak pergi tengok teater Shorteyes lakonan Zahiril Adzim dan lain-lain kat PenangPAC.
Free.
Tapi tak ada kawan.
Dan tak ada transport.
Ha ha.
Shorteyes katanya teater BM yang hebat juga.
Dapat sambutan masa dipentaskan di KL.
Teringin nak pergi.
Ada siapa-siapa nak tumpangkan aku ke sana?
Ha ha.
Apa-apa hal pun, TGIF!


December 1, 2011

Parit Jawa

Pernah tengok Nora Elena?
Korang suka cerita itu?
Aku tengok sikit-sikit.
Kadang-kadang.
Bila ada mood.
Bukan tak suka cerita itu.
Tapi aku dah follow cerita sebelum cerita Nora Elena itu.
Aku tak ingat cerita apa.
So aku tak berapa larat nak follow lagi.
Bila dah follow itu maknanya aku kena balik sebelum pukul 7.
Either aku mandi cepat-cepat sebelum cerita start or aku mandi pukul 8.
Maghrib?
Itu tak payah lah aku ceritakan.
Malu.
Ha ha.
Yang tulis cerita Nora Elena tu rupa-rupanya kawan aku masa sekolah menengah.
Kawan baik juga lah.
Tapi dia bukan tulis seorang.
Dia penulis bersama.
Disember ini dia jadi Executive Producer untuk satu cerita kat Astro.
Parit Jawa.
Tajuk macam tak best.
Tapi pelakon-pelakon hebat.
Tak percaya, tengok trailer kat bawah ini.
Tapi kena subscribe Astro Box Office.
952.
Jangan lupa tonton ya!

Malu

Malu.
Adakah malu itu sesuatu yang positif atau negatif?
Kadang-kadang kita perlu ada sifat malu dalam diri kita.
Maknanya ianya sesuatu yang positif.
Dan kadang-kadang kita juga perlu kikis sifat malu dalam diri kita.
Jadi ianya sesuatu yang negatif lah?
Ha ha.
Confusing, isn’t it?
Senang sahaja.
Macam perkara-perkara lain, semuanya hendaklah secara sederhana.
Jangan berlebihan.
Malu lebih sangat, susah juga kan.
Ini malu, itu malu.
Tak malu terlebih sangat, lagi lah susah kan.
Ini tak malu, itu tak malu.
All in all, malu ini boleh jadi positif, boleh jadi negatif.
Aku tak nafikan, perasaan malu masih ada dalam diri aku.
Mungkin dah kurang sikit.
Sekarang ini nak buat apa, nak pakai apa, lantak aku lah.
Kalau dulu, buat apa, pakai apa, itu ini, semua fikir macam-macam.
Nanti apa orang kata?”
Kalau nak ikut apa orang kata, susah lah kan.
So, sekarang ini apa-apa pun, aku ikut apa aku kata, bukan apa orang kata.
Dulu masa kecil-kecil, tak ada sangat perasaan malu.
Masuk fashion show pakai baju askar pun tak malu.
Ha ha.
Lepas itu masuk sekolah menengah, ada la perasaan malu.
Bukan malu sikit.
Malu banyak.
Bila dah besar sikit, dah tahu fikir, tau bila nak malu, tau bila nak tak tau malu.
Lebih-lebih lagi bab makan.
Itu ada masanya kita kena tak tau malu.
Kalau malu bab-bab makan ini, memang susah.
Ha ha.



November 30, 2011

Status

Pagi tadi macam biasa, awal-awal lepas tengok work emails, aku layan fb jap.
Terbaca status seorang rakan.
Menarik.
Mesti ada seorang dua yang akan tersentap dengan status updatenya.
Aku malas nak copy semuanya, nanti aku kena bagi kredit pada tuan empunya status.
So, aku paraphrase sahaja lah ya, nanti orang kata aku memplagiat pulak. (Plagiat ini perkataan BM ke BI ek? Kalau BI aku kena letak italics…hehe)
OK lah, kembali pada status rakan tu.
Dia kata, ada sesetengah dari kita ini, fikir yang kita ini tergolong dalam orang-orang yang baik, jadi kita update status kita dengan status yang sangat Islamik dan mengajak orang lain berbuat kebaikan tapi diri sendiri pun tidak pernah nak menuju ke arah kebaikan.
Fikir balik, aku percaya memang ada orang seperti itu.
Dan fikir balik, aku juga percaya tidak semua orang seperti itu.
Kalau tanya pendapat aku, aku rasa tidak kira sama ada kita nak menuju ke arah kebaikan atau tidak, selagi kita rasa status itu dapat menyedarkan diri kita dan juga orang lain, tidak ada salahnya berkongsi status seperti itu.
Adakah orang baik-baik sahaja yang layak letak status yang baik-baik?
Orang-orang yang tidak berapa baik macam aku ini agak-agaknya layak letak status macam mana ya?
Tapi aku percaya, kawan aku itu bukannnya bermaksud seperti yang aku cakap tadi itu.
Aku percaya, dia letak status macam itu berdasarkan pada pengalaman.
Jadi aku tak sentap pun. Cuma status itu boleh dipertikaikan.
Sama lah macam status yang orang kata sebagai humblebrag…
Korang pernah letak status humblebrag?


November 29, 2011

Kerinduan

Korang pernah rasa rindu?
Sure pernah.
Tadi masa tengah buat kerja tiba-tiba teringat masa aku belajar kat US dulu.
About 15 years ago.
Dah lama giler!
Tapi pelik sangat. Dah tinggalkan US 15 tahun, masih lagi teringat-ingat masa kat sana.
Kalau jumpa kawan-kawan lama, tak pernah rasa bosan nak bercerita pasal masa kat sana.
Best sangat ke US ini?
Kalau aku cerita, mesti korang kata aku bias.
So rasanya jawapan yang paling tepat.
Go there. Stay there for 2 years. Or more.
Maybe best, maybe tak.
;)
Apa-apa pun, aku kerinduan.
Nah lagu Sheila Majid. One of my favorite singers of ALL TIME!

November 28, 2011

Penghujung

Khamis ini dah masuk bulan Disember.
Sekejap saja dah hujung tahun.
Rasanya macam semalam saja celebrate New Year.
Rasanya macam tak buat apa-apa pun tahun ini.
Bila dah hujung tahun ini banyak lah kenduri.
Sana sini sana sini kenduri.
Kadang-kadang sehari sampai 3-4 kenduri nak kena attend.
Tapi bagus jugak lah, dapat makan free.
Kalau yang ada acar buah atau air asam ke, memang berseleralah makan.
Tapi kalau dah hari-hari makan nasi kenduri, risau jugak lah.
Tengok perut aku.
Makin besar dah jadinya.
Bila nak gerak pun susah.
Aku memang risau.
Dulu rajin jugak lah pergi jogging.
Boleh dikatakan tiap-tiap petang lepas balik kerja.
Lepas itu berhenti (tak ingat pasal apa).
Lepas itu tak jogging sebab nak layan cerita yang pukul 7 kat tv3 itu.
Lepas satu, satu.
Hmmmm…..tak tau lah bila nak start jogging balik.
Sekarang pulak petang-petang je hujan.
Asal petang je hujan.
Masa bilanya nak jogging?
Teringat pulak bila musim kenduri ini, ramai je yang tanya.
“Kau bila lagi?”.
Selalu aku senyum je.
“Lagi 3 tahun” Ha ha…no, that’s not my answer.
Walaupun nak jugak aku jawab macam itu.
Tapi aku senyum je.
That’s my answer……for the time being ;)

Permulaan

Tiba-tiba hari ini aku rasa macam rajin nak menulis.
Macam nak start balik tulis blog.
Bukannya tak pernah tulis blog.
Tapi selalunya hangat-hangat tahi ayam.
Blog melambak-lambak.
Tapi akhirnya jadi projek terbengkalai.
Aku dari dulu memang suka menulis.
Masa sekolah menengah.
Pernah juga berangan-angan nak jadi penulis.
Ingat lagi masa tingkatan 1 (ke tingkatan 2?).
Ada pertandingan menulis cerpen Hari Kemerdekaan.
Excited gila nak menulis.
Dah selesai menulis, pergi submit.
Bila keputusan nak diumumkan masa perhimpunan, rasa gelabah semacam.
Teringat ada kata orang, kalau rasa gelabah tu, mungkin boleh menang.
Tapi masa tu bukan rezeki aku.
Rezeki orang lain.
Aku telan air liur je.
Tapi masa tu tak kenal erti putus asa.
Menulis tetap menjadi kesukaan aku.
Sampai pernah aku jadi pujian cikgu BM kelas aku.
Dulu masa mula-mula tulis blog, tak tahu nak guna BM ke BI.
Nak guna BI sebab konon ada appeal to mass audience.
Tapi BI aku pun macam telur separuh masak je.
Akhirnya blog tu pun terbengkalai.
Ada lah lagi beberapa blog yang aku tulis.
Tapi entah ke mana perginya, aku pun tak tahu.
Dan tiba-tiba hari ini aku rasa macam rajin nak menulis.
Menulis pasal apa?
Orang lain ada agenda.
Orang lain ada tujuan.
Orang lain ada isu.
Aku rasa aku pun ada semua itu.
Aku rasa lah.
Aku nak cerita pasal apa-apa saja sehingga 3 tahun akan datang.
Kenapa 3 tahun?
Sebab aku ada agenda, tujuan dan isu.