November 13, 2013

Penilaian

Assalamualaikum.
Lagi sebulan lebih dah nak masuk tahun baru 2014.
Hujung tahun macam ni banyak betul cuti.
Deepavali, Awal Muharram, cuti sekolah, cuti hujung minggu.
He he.
And not to forget, Christmas, coming up in December.
Teringat dulu masa study kat US.
Cuti tak banyak sangat.
Tapi yang paling best masa Halloween.
Wait....tak ingat la pulak Halloween tu holiday ke tak.
He he.
Tak pelah.
Tak penting.
Yang penting Halloween was always fun, to me.
Untuk satu malam sahaja, we could dress up and be whatever we want to be.
Nak jadi prince, artis, pirate.
Apa sahaja.
Untuk satu malam kita boleh menjadi bukan diri kita tanpa dinilai oleh sesiapa pun.
Seronok, kan?
Maybe sebab dalam kehidupan kita yang sebenarnya, kita sentiasa dinilai.
Dari segi kelakuan kita, percakapan, gaya berjalan.
Even apa yang kita post dalam facebook pun dinilai orang.
Memang kita rasa tidak patut tapi percayalah, kita sendiri adakalanya menilai orang lain juga.
Masih ingat lagi dulu, masa sekolah rendah aku selalu dinilai sebab ramai kawan perempuan.
Masa sekolah menengah aku dinilai sebab jarang pergi bersukan.
Masa kat US, aku mungkin dinilai sebab aku dari Asia.
Kadang-kadang terfikir juga, boleh ke aku menjadi jujur dan menjadi diri sendiri kalau selalu sangat dinilai orang.
Atau aku kena pretend dan mengikut expectation orang sekeliling.
Seingat aku, aku sentiasa menjadi diri aku walau di dalam apa keadaan sekalipun.
Cuma maybe sekali sekala aku cuba mengikut expectation orang.
Itu pun untuk selamatkan diri.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Untuk kepuasan diri, perhaps.
Tapi walau apa pun alasannya, we must always be ourselves.
Dan kita juga jangan selalu mudah menilai orang lain.
"Oh tengok tu, dia gemuk. Mesti banyak penyakit tu"
"Kau tengok tak, dalam fb dia banyak betul gambat travel. Nak menunjuk lah tu"
"Aku tengok cara dia jalan pun menyampah, macam gangster"
Kita sentiasa harus bersangka baik.
Tapi seperti semua benda, bersangka baik biarlah pada tempatnya dan ada hadnya.
Kalau tidak, lain pula jadinya nanti.

p/s: ingat lagi, dapat 5A masa penilaian darjah 5. dapat hadiah BMX. best!

November 8, 2013

Kali Pertama

Assalamualaikum wbt.
Kali pertama kembali menulis setelah seminggu making a comeback. Or is it two weeks already?
Kali pertama menulis blog menggunakan handphone.
Teruja? Tak lah sangat.
Bila bercerita tentang kali pertama, ramai yang mengaitkan ia dengan perkara-perkara yang indah.
Kali pertama jumpa boyfriend/girlfriend.
Kali pertama pergi dating.
Kali pertama jatuh cinta.
Then first time kissing.
Tapi ramai juga yang mengaitkan kali pertama dengan kisah sedih.
Kali pertama kecewa kerana cinta.
Kali pertama gagal dalam exam.
Kali pertama jatuh basikal. Ha ha.
Tak kira samada kali pertama dikaitkan dengan kisah suka atau duka, kali pertama adalah sesuatu yang penting di dalam hidup kita.
Bagi aku, kali pertama menjadi titik tolak kepada suatu perubahan dalam diri kita.
Kali pertama jatuh cinta.
Merubah kita menjadi lebih romantis.
Kali pertama gagal dalam exam.
Merubah kita untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Kali pertama menjejakkan kaki di negara orang.
Merubah kita menjadi seseorang yang menghargai tanahair kita sendiri.
Kali pertama jatuh basikal?
He he.
Merubah kita supaya berazam untuk merempit di masa akan datang. Ha ha.
Dan kali pertama mendapat khabar yang kurang enak tentang kesihatan anda.
Berdasarkan kisah benar dan pengalaman sendiri, ianya merubah aku menjadi seseorang yang lebih menghargai kehidupan ini dan menjadikan aku berusaha lebih lagi untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Tidak kira samada ianya membawa kesan baik atau buruk, kita tidak perlu takut untuk menghadapi "kali pertama".
Kerana kali pertama lah bermula segala-galanya.

p/s: first time tengok The Carrie Diaries on StarWorld HD tadi. Best jugak!

October 25, 2013

Kepentingan

Assalamualaikum. 
Salam Penghulu Hari. 
Alhamdulillah, tadi I was able to perform my Friday prayers.
Bukannya apa, sebelum ini atas sebab-sebab kesihatan, aku terpaksa skip Friday prayers.
Not something I'm proud of.
Sekadar nak share je.
Khutbah hari ini pasal kepentingan menjaga alam sekitar.
See, this is something yang ramai kat luar sana patut tahu.
Islam ni bukan sekadar pasal nak beribadat, pasal nak jaga maruah Islam, you know, pasal benda yang "orang luar" fikir mereka tahu pasal Islam.
Islam ni menyeluruh, even pasal environment and how we Muslims have to take care of our nature pun disentuh di dalam khutbah Jumaat.
Tapi I'm not gonna go so deep into this subject coz honestly, the more we talk (write), the more we are prone to make mistakes. 
So I guess I better stop at that.
Lagi satu, hari ini Bajet 2014. *clap, clap*
Again, not gonna go soooo deep coz I'm really not an expert.
Yes, you don't have to be an expert to voice out your opinion.
Tapi I'm just being me. I'm just not good at voicing out my thoughts on something very serious. 
I have opinions, I have objections, yes.
But I prefer to keep it to myself.
Dan menerima apa sahaja yang telah dirangkakan untuk aku (rakyat).
I am sure they have planned out all the good things untuk kepentingan rakyat (aku).
Dan bagi aku, buat masa ini ada lagi yang lebih penting yang patut aku fikir dan renungkan.

October 24, 2013

A Comeback? ;)

Assalamualaikum. 
Wow. It has been more than a year. 
Ada assistants pun tak boleh nak harap. Ha ha.
Oh well, kalau nak tau, tiga-tiga assistants tu dah kena pecat.
So now, I'm back, people! I'm gonna be blogging sampai lebam!
But where do I start?
Macam-macam yang terjadi sejak April 2012 yang lepas.
Yang paling besar, my health issue.
Kalau nak diceritakan dari mula terlalu panjang.
Cukuplah kalau aku katakan yang Allah sangat sayangkan aku. 
Aku diberi ujian yang tak pernah aku duga.
But there are times when I have thousands of questions in my head.
What? When? Where? Why? How?
Orang akan nampak aku macam cool, macam nothing has happened.
Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
Dan dalam keadaan macam ni lah, aku kena berfikiran positive.
Alhamdulillah, so far, aku takde lah meroyan ke apa ke. LOL.
Just go with the flow. Take a day at a time.  
Other than that, kehidupan aku diteruskan seperti biasa.
Walaupun hampir 50% daripadanya dah berubah. 
Apa yang berubah?
Jangan risau, like I said, I'm gonna be blogging sampai lebam.
Just wait for my future entries, peeps!
I'm making a comeback. LOL.