April 17, 2012

Chef Bunga Lawang Presents

Alahai sepantas kilat Bro Beg Galas buat appearance dalam blog ini.
Eleh, excited la tu konon jadi assistant En. Remy I.
Hello, ini Chef Bunga Lawang, ok!
I pun assistant En. Remy I. juga ya!
Ha ha.
Tapi uols jangan risau, Bro dengan Chef ni bukan bermusuhan ya.
Kami BFF gittew! Ciom molots lagi.
Ahaks! (tutup mulut)
Apa-apa hal pun, terima kasih la En. Remy I. kerana menjadikan Chef Bunga Lawang one of his assistants.
So where do I start?
Kejap ye, Chef nak tengok dalam kitchen, apa yang boleh Chef share dengan uols hari ini.
OK lah, sekarang ini pun dah pukul 4 petang kan, so Chef ingat nak buat something untuk minum petang, bleh gittew?
Puding Roti!

Bahan-bahan untuk puding roti:-

  1. Lebih kurang 6-10 keping roti yang dah agak lama. Jangan la lama sangat yang sampai nak berkulat ye. Nanti uols masuk hospital, sapa nak jawab? Chef jugak!
  2. 2 sudu besar butter, sila cairkan ya!
  3. 4 biji telur, dipukul!
  4. 2 cawan susu – Chef guna susu penuh krim ya, nak guna susu lain pun boleh!
  5. Tiga suku cawan gula
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis
  7. 1 sudu teh vanilla extract

Actually kuantiti bahan-bahan ini terpulang pada budi bicara uols ye, kalau rasa tak cukup, sila tambah, kalau rasa terlebih, sila kurangkan.

Sekarang Chef nak preheat oven to 175 degrees C.
Lepas ittew, carik-carikkan roti tadi, jangan sampai hancur pulak ye.
Kalau Chef, Chef suka potong sekeping roti jadi 4 keping tiga segi.
Susun dalam baking pan 4 segi berukuran 8 inci.
Size baking pan ikut suka uols.
Kalau besar, kena letak banyak roti lah ye.
Tuang butter yang dah cair tadi atas roti.
Kalau rasa nak tambah raisins, letak je…nak letak epal pun boleh, tak kisah la.
Ambik mangkuk (bukan mangkuk hayun ye!) yang sederhana, campurkan telur, susu, gula dan serbuk kayu manis bersama-sama.
Pukul mereka semua. LOL.
Kemudian tuangkan ke atas roti tadi.
Tekan-tekan sikit supaya semua roti ditenggelamkan oleh bancuhan tadi.
Biarkan atau masuk dalam fridge selama lebih kurang setengah jam.
Kenapa uols tanya?
Supaya bancuhan tadi meresap sepenuhnya ke dalam roti.
OK. Sekarang Chef masukkan dalam oven.
Tunggu lebih kurang 45 minit.
Taraaaaaaaaaaaa!!!!! ;)
Sedap dimakan dengan vanilla ice-cream dan lain-lain yang sewaktu dengannya.




OK lah uols.
Jangan lupa mencuba recipe yang Chef bagi ya.
Kalau tak jadi jangan salahkan Chef ya.
Jangan sebab tak reti masak uols nak salahkan Chef pulak.
Ha ha.
OK lah. Chef nak layan buku masak Jamie Oliver jap.
Tak khatam-khatam lagi.
Daaaaaaaa!!!!

Bro Beg Galas


Hello. Hello. Hello.
Bro Beg Galas sini.
First time menggalas tugas sebagai assistant En. Remy I.
Bro akan tolong update blog En. Remy I. tentang travel dan apa-apa isu yang berkaitan dengannya.
Bro memang suka travel.
Kalau boleh Bro nak travel satu dunia.
Untuk update kali ini, Bro tak nak cerita panjang-panjang lagi.
Bro just nak letak gambar dulu kasi korang teruja.
Boleh?
He he.
Korang boleh teka Bro nak cerita pasal bandar apa?







Assistants


Aku ni kan selalu je busy.
Kadang-kadang tak ada masa nak update blog ni.
So aku terfikir satu idea.
Ha ha.
(belum cakap apa dah gelak)
Ha ha.
Aku nak hire assistants.
Assistant untuk updatekan blog aku.
Aku actually dah cari beberapa orang assistants.
So sekarang aku nak perkenalkan assistants aku.

  1. Chef Bunga Lawang – dia ni akan update korang pasal recipe ke, pasal restaurant baru ke, makanan terbaru ke…apa-apa yang berkenaan makanan, minuman dan yang sewaktu dengannya.
  2. Bro Beg Galas – dia ni pula akan update korang pasal travel.
  3. Miss Tight Kebaya – dia ni akan update korang pasal fashion and entertainment.

So, nantikan kemunculan assistants aku tidak lama lagi.
Ha ha.

April 9, 2012

Televisyen

Maaf.
Blog aku ni diabaikan sekali lagi.
Ha ha.
Kesian blog aku.
Tertanya jugak aku - sibuk sangat ke aku?
No comment, LOL.
Apa yang hendak diceritakan ya?

fikir….fikir….

Ada yang suggest suruh aku update pasal travel.
Ada yang suruh aku jadi fashion police macam yang aku buat untuk Golden Globe.
Ada yang nak aku update recipe.
Semua kasi idea menarik.
Aku suka.
Tapi kali ini aku nak cerita pasal rancangan tv yang aku suka tengok sekarang ini.

Aku mulakan dengan hari Isnin.
Sekarang ni Isnin malam sangat menarik.
Jam 9 malam aku tengok Smash (aku suka Debra Messing & Katharine McPhee).
Then jam 10 malam aku tengok Suits (it’s a not-too-serious legal drama series, best!)
Both shows dalam Diva Universal.
Jam 12 tengah malam, aku melayan telenovela dari Filipina. Tajuk dia Magkaribal or in English, Rival.
Telenovela ini dalam Astro Bella.
Best cerita ini.
Cerita ini tiap-tiap tengah malam weekdays.






Hari Selasa.
Jam 9 malam selalunya aku melayan drama kat tv3.
Depends.
Kalau best, aku tengok.
Kalau tak, aku tukar channel lain.
Selalunya aku end up layan AFC.
Jam 10.30 malam aku tukar ke 8tv.
Layan Desperate Housewives.
Dah final season.
Rasa macam baru je tengok rancangan ini start dulu.
Siapa yang aku suka dalam ni?
Marcia Cross! (yang jadi Bree Van De Kamp).


Hari Rabu.
Kalau aku miss yang petang, aku akan tengok The Voice yang jam 10 malam kat AXN.
Judge yang aku suka?
Semua.
Tapi maybe aku suka Adam Levine lebih sikit kot.
Ha ha.


Hari Khamis.
American Idol Performance Night!
Lepas itu aku layan The Big C kat Diva Universal.
Best.
Sebab ada Laura Linney.
Dia sangat cantik.
And talented.
Then aku layan another good legal drama, The Good Wife.
Best cerita ini.
Sangat best.



Hari Jumaat.
American Idol Result Show!


Hari Sabtu.
Hari rehat daripada menonton tv.
Ha ha.
Ye lah sangat!

Hari Ahad.
Jam 9 pagi- 12 tengahari melayan telenovela dari Filipina lagi.
Fish Port Princess.
Malam pulak layan Junior Masterchef Australia.
Best tengok budak-budak ni masak.
He he.






Itulah dia aktiviti menonton aku sepanjang minggu.
Aku memang suka nonton tv.
Korang tak suka?
Lantak lah!
Ha ha.

January 28, 2012

Fesyen

Hah.
Lama betul tak tulis entry untuk blog ni.
Last sekali tahun lepas.
Tahun lepas tuuuuu…
Jangan main-main.
Januari pun dah nak habis.
Nak kata sibuk?
Tak jugak.
Nak kata tak sibuk?
Tak jugak.
Masa cuti CNY baru-baru ini aku asyik layan TV.
Kerja lain memang ada.
Tapi TV best.
Especially bila tengok awards show.
Grammy (ulangan), Critic’s Choice dan Golden Globe.
Lepas itu aku layan Glee-athon for 10 hours!
10 hours duduk depan TV!
Oh btw, kenapa aku suka tengok awards show?
Suka tengok selebriti dress up for the events.
Ada yang pakai lawa.
Ada yang tak lawa.
Ada yang sesuai.
Ada yang tak sesuai.
Dan aku jadi macam fashion police.
Ha ha ha.
Sekarang aku nak tunjuk Top 3 (male and female) yang aku rasa paling cun masa Golden Globe Awards baru-baru ini.
Cun tak?
No. 3 (Male) - Idris Elba. Tengok kasut dia. Stylish! Not a fan of his suit though.
No. 3 (Female) - Charlize Theron. Stunning gilerr!
No.2 (Male) - George Clooney. Simple tapi nampak sangat neat.
No.2 (Female) - Angelina Jolie. I just love the color.  Tengok bibir dia. Terbaik! ;)
Winner (Male) - Brad Pitt. The suit. The hair.  The cane. It's perfection!
Winner (Female) - Emma Stone. That Lanvin dress suits her well. Again, the dress, the hair...the belt, even. Love it!