February 28, 2014

Dr. Selvi

Assalamualaikum.
Dah dua hari tak berblogging.
Sekarang dah pukul 10.43pm.
Biasalah, waktu-waktu macam ni, mata degil sangat.
So I guess it's time for me to continue writing lah.
Dr. Selvi.
Mesti pelikkan tiba-tiba aku nak cerita tentang seseorang.
Nama Dr. Selvi selalu aku dengar since first day aku dimasukkan ke wad Palliative Care Unit.
Masa tu yang aku tau ibu Dr. Selvi duduk bersebelahan dengan katil aku.
Sesekali bila aku nak ke bilik air, aku boleh nampak ibu Dr. Selvi sedang terbaring.
Nampak kesakitan di wajahnya tetapi beliau masih bertenaga.
Kadangkala terdengar suara Dr. Selvi sedang bercakap sesuatu di dalam Bahasa Melayu yang cukup lancar dengan maidnya.
Dengar suara pun dah tau orangnya cukup baik.
Melalui perbualan di antara makcik aku yang datang melawat dan nurse yang sedang bertugas, aku dapat tahu yang suami Dr. Selvi juga seorang doktor yang terkenal dengan sikap yang amat friendly dan baik dengan patients nya.
Sehari selepas itu, ibu Dr. Selvi dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang untuk rawatan seterusnya.
Jadi katil di sebelah aku dihuni oleh orang lain.
Suara Dr. Selvi dah tak aku dengar lagi.
Until Wednesday, bila aku kena buat ultrasound untuk penyakit aku ni.
Baru lah aku tau yang Dr. Selvi ni pakar radiologi di Hospital BM ni.
He he.
Walaupun ultrasound ni tak ada apa sangat pun (tak menyakitkan), tapi cara Dr. Selvi ni sangat calming.
Very soft spoken.
Tak ramai doktor yang boleh jadi seperti Dr. Selvi, in my opinion.
Kalau ada pun, boleh nampak diorang tak berapa ikhlas.
Tapi, in general, aku akui kebanyakan doktor-doktor kat Malaysia ni (or at least kat hospital that I've been to) memang baik-baik.

p/s: Dr. Selvi ni tinggi orangnya, tapi sampai sekarang tak pernah jumpa husband dia yang ramai orang puji baik tu.

February 25, 2014

Lelap

Assalamualaikum wbt.
Dah pukul 12.59am.
Mata tak boleh lelap.
Tak boleh atau tak mahu, aku tak pasti.
Yang pasti aku tak boleh lelap.
Definitely there are thousands of things wandering around my mind.
My second night here.
Here....where?
Wad. Hospital.
Yup.
Di sinilah aku.
Ditemani oleh seseorang yang paling aku sayangi di dunia ini.
Mak.
Yang kini telah lelap.
Kasihan mak.
Mungkin malam pertama dia pun sukar nak lelapkan mata.
Aku pun, actually.
Maybe dengan environment yang berbeza membuat kita ambil masa untuk lelap.
Tapi malam ni mak nampak dah boleh sesuaikan diri.
Dah lelap.
Aku je yang belum lelap.
Banyak yang aku fikirkan.
Bukan setakat bagaimana nak lelapkan mata.
Entah.
Susah nak diperkatakan.
Sebab terlalu banyak perkataan yang perlu.
Kalau diperkatakan, rasanya aku takkan lelap untuk mungkin seminggu lagi.
He he.

p/s: boleh ke kira biri-biri dapat melelapkan mata?

February 24, 2014

Baru

Assalamualaikum wbt.
Baru ni lah nak update blog ni.
Baru teringat yang aku dah terlalu lama tak menjengah blog ni.
Kalau roti memang dah berkulat sangat dah ni.
Tapi bukannya baru sekarang aku ada niat nak update blog ni.
Dah lama.
Cumanya baru sekarang berkesempatan.
Sebelum terlupa, Selamat Tahun Baru!
Baru sekarang nak wish?
He he!
Ye la, sebab baru sekarang ada masa.
Ok back to blogging!
Sekarang ni sebenarnya aku berada di persimpangan dilema.
Cewah.
Banyak yang terjadi pada diri aku baru-baru ini.
Bukan baru-baru ni je actually.
In fact for the past two years or so.
Ada kawan suggest aku ceritakan dalam blog.
Ada yang lagi tiga suku suruh aku filemkan.
Ha ha!
Ingat aku siapa...Brad Pitt? LOL!
Tapi tu lah...mood blogging aku ni tak menentu.
Kejap nak. Kejap malas. Kejap nak tapi malas.
So itu lah dia.
I haven't made up my mind yet.
Kalau aku rajin nak mengabadikannya dalam blog, you might be able to read it soon.
Kalau tak, maka korang kena layan lah entry aku yang merapu....macam entry baru aku di tahun baru ini....he he!

p/s: baru lepas makan bubur keledek.