November 13, 2013

Penilaian

Assalamualaikum.
Lagi sebulan lebih dah nak masuk tahun baru 2014.
Hujung tahun macam ni banyak betul cuti.
Deepavali, Awal Muharram, cuti sekolah, cuti hujung minggu.
He he.
And not to forget, Christmas, coming up in December.
Teringat dulu masa study kat US.
Cuti tak banyak sangat.
Tapi yang paling best masa Halloween.
Wait....tak ingat la pulak Halloween tu holiday ke tak.
He he.
Tak pelah.
Tak penting.
Yang penting Halloween was always fun, to me.
Untuk satu malam sahaja, we could dress up and be whatever we want to be.
Nak jadi prince, artis, pirate.
Apa sahaja.
Untuk satu malam kita boleh menjadi bukan diri kita tanpa dinilai oleh sesiapa pun.
Seronok, kan?
Maybe sebab dalam kehidupan kita yang sebenarnya, kita sentiasa dinilai.
Dari segi kelakuan kita, percakapan, gaya berjalan.
Even apa yang kita post dalam facebook pun dinilai orang.
Memang kita rasa tidak patut tapi percayalah, kita sendiri adakalanya menilai orang lain juga.
Masih ingat lagi dulu, masa sekolah rendah aku selalu dinilai sebab ramai kawan perempuan.
Masa sekolah menengah aku dinilai sebab jarang pergi bersukan.
Masa kat US, aku mungkin dinilai sebab aku dari Asia.
Kadang-kadang terfikir juga, boleh ke aku menjadi jujur dan menjadi diri sendiri kalau selalu sangat dinilai orang.
Atau aku kena pretend dan mengikut expectation orang sekeliling.
Seingat aku, aku sentiasa menjadi diri aku walau di dalam apa keadaan sekalipun.
Cuma maybe sekali sekala aku cuba mengikut expectation orang.
Itu pun untuk selamatkan diri.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan.
Untuk kepuasan diri, perhaps.
Tapi walau apa pun alasannya, we must always be ourselves.
Dan kita juga jangan selalu mudah menilai orang lain.
"Oh tengok tu, dia gemuk. Mesti banyak penyakit tu"
"Kau tengok tak, dalam fb dia banyak betul gambat travel. Nak menunjuk lah tu"
"Aku tengok cara dia jalan pun menyampah, macam gangster"
Kita sentiasa harus bersangka baik.
Tapi seperti semua benda, bersangka baik biarlah pada tempatnya dan ada hadnya.
Kalau tidak, lain pula jadinya nanti.

p/s: ingat lagi, dapat 5A masa penilaian darjah 5. dapat hadiah BMX. best!

No comments:

Post a Comment