November 8, 2013

Kali Pertama

Assalamualaikum wbt.
Kali pertama kembali menulis setelah seminggu making a comeback. Or is it two weeks already?
Kali pertama menulis blog menggunakan handphone.
Teruja? Tak lah sangat.
Bila bercerita tentang kali pertama, ramai yang mengaitkan ia dengan perkara-perkara yang indah.
Kali pertama jumpa boyfriend/girlfriend.
Kali pertama pergi dating.
Kali pertama jatuh cinta.
Then first time kissing.
Tapi ramai juga yang mengaitkan kali pertama dengan kisah sedih.
Kali pertama kecewa kerana cinta.
Kali pertama gagal dalam exam.
Kali pertama jatuh basikal. Ha ha.
Tak kira samada kali pertama dikaitkan dengan kisah suka atau duka, kali pertama adalah sesuatu yang penting di dalam hidup kita.
Bagi aku, kali pertama menjadi titik tolak kepada suatu perubahan dalam diri kita.
Kali pertama jatuh cinta.
Merubah kita menjadi lebih romantis.
Kali pertama gagal dalam exam.
Merubah kita untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Kali pertama menjejakkan kaki di negara orang.
Merubah kita menjadi seseorang yang menghargai tanahair kita sendiri.
Kali pertama jatuh basikal?
He he.
Merubah kita supaya berazam untuk merempit di masa akan datang. Ha ha.
Dan kali pertama mendapat khabar yang kurang enak tentang kesihatan anda.
Berdasarkan kisah benar dan pengalaman sendiri, ianya merubah aku menjadi seseorang yang lebih menghargai kehidupan ini dan menjadikan aku berusaha lebih lagi untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Tidak kira samada ianya membawa kesan baik atau buruk, kita tidak perlu takut untuk menghadapi "kali pertama".
Kerana kali pertama lah bermula segala-galanya.

p/s: first time tengok The Carrie Diaries on StarWorld HD tadi. Best jugak!

No comments:

Post a Comment