November 30, 2011

Status

Pagi tadi macam biasa, awal-awal lepas tengok work emails, aku layan fb jap.
Terbaca status seorang rakan.
Menarik.
Mesti ada seorang dua yang akan tersentap dengan status updatenya.
Aku malas nak copy semuanya, nanti aku kena bagi kredit pada tuan empunya status.
So, aku paraphrase sahaja lah ya, nanti orang kata aku memplagiat pulak. (Plagiat ini perkataan BM ke BI ek? Kalau BI aku kena letak italics…hehe)
OK lah, kembali pada status rakan tu.
Dia kata, ada sesetengah dari kita ini, fikir yang kita ini tergolong dalam orang-orang yang baik, jadi kita update status kita dengan status yang sangat Islamik dan mengajak orang lain berbuat kebaikan tapi diri sendiri pun tidak pernah nak menuju ke arah kebaikan.
Fikir balik, aku percaya memang ada orang seperti itu.
Dan fikir balik, aku juga percaya tidak semua orang seperti itu.
Kalau tanya pendapat aku, aku rasa tidak kira sama ada kita nak menuju ke arah kebaikan atau tidak, selagi kita rasa status itu dapat menyedarkan diri kita dan juga orang lain, tidak ada salahnya berkongsi status seperti itu.
Adakah orang baik-baik sahaja yang layak letak status yang baik-baik?
Orang-orang yang tidak berapa baik macam aku ini agak-agaknya layak letak status macam mana ya?
Tapi aku percaya, kawan aku itu bukannnya bermaksud seperti yang aku cakap tadi itu.
Aku percaya, dia letak status macam itu berdasarkan pada pengalaman.
Jadi aku tak sentap pun. Cuma status itu boleh dipertikaikan.
Sama lah macam status yang orang kata sebagai humblebrag…
Korang pernah letak status humblebrag?


November 29, 2011

Kerinduan

Korang pernah rasa rindu?
Sure pernah.
Tadi masa tengah buat kerja tiba-tiba teringat masa aku belajar kat US dulu.
About 15 years ago.
Dah lama giler!
Tapi pelik sangat. Dah tinggalkan US 15 tahun, masih lagi teringat-ingat masa kat sana.
Kalau jumpa kawan-kawan lama, tak pernah rasa bosan nak bercerita pasal masa kat sana.
Best sangat ke US ini?
Kalau aku cerita, mesti korang kata aku bias.
So rasanya jawapan yang paling tepat.
Go there. Stay there for 2 years. Or more.
Maybe best, maybe tak.
;)
Apa-apa pun, aku kerinduan.
Nah lagu Sheila Majid. One of my favorite singers of ALL TIME!

November 28, 2011

Penghujung

Khamis ini dah masuk bulan Disember.
Sekejap saja dah hujung tahun.
Rasanya macam semalam saja celebrate New Year.
Rasanya macam tak buat apa-apa pun tahun ini.
Bila dah hujung tahun ini banyak lah kenduri.
Sana sini sana sini kenduri.
Kadang-kadang sehari sampai 3-4 kenduri nak kena attend.
Tapi bagus jugak lah, dapat makan free.
Kalau yang ada acar buah atau air asam ke, memang berseleralah makan.
Tapi kalau dah hari-hari makan nasi kenduri, risau jugak lah.
Tengok perut aku.
Makin besar dah jadinya.
Bila nak gerak pun susah.
Aku memang risau.
Dulu rajin jugak lah pergi jogging.
Boleh dikatakan tiap-tiap petang lepas balik kerja.
Lepas itu berhenti (tak ingat pasal apa).
Lepas itu tak jogging sebab nak layan cerita yang pukul 7 kat tv3 itu.
Lepas satu, satu.
Hmmmm…..tak tau lah bila nak start jogging balik.
Sekarang pulak petang-petang je hujan.
Asal petang je hujan.
Masa bilanya nak jogging?
Teringat pulak bila musim kenduri ini, ramai je yang tanya.
“Kau bila lagi?”.
Selalu aku senyum je.
“Lagi 3 tahun” Ha ha…no, that’s not my answer.
Walaupun nak jugak aku jawab macam itu.
Tapi aku senyum je.
That’s my answer……for the time being ;)

Permulaan

Tiba-tiba hari ini aku rasa macam rajin nak menulis.
Macam nak start balik tulis blog.
Bukannya tak pernah tulis blog.
Tapi selalunya hangat-hangat tahi ayam.
Blog melambak-lambak.
Tapi akhirnya jadi projek terbengkalai.
Aku dari dulu memang suka menulis.
Masa sekolah menengah.
Pernah juga berangan-angan nak jadi penulis.
Ingat lagi masa tingkatan 1 (ke tingkatan 2?).
Ada pertandingan menulis cerpen Hari Kemerdekaan.
Excited gila nak menulis.
Dah selesai menulis, pergi submit.
Bila keputusan nak diumumkan masa perhimpunan, rasa gelabah semacam.
Teringat ada kata orang, kalau rasa gelabah tu, mungkin boleh menang.
Tapi masa tu bukan rezeki aku.
Rezeki orang lain.
Aku telan air liur je.
Tapi masa tu tak kenal erti putus asa.
Menulis tetap menjadi kesukaan aku.
Sampai pernah aku jadi pujian cikgu BM kelas aku.
Dulu masa mula-mula tulis blog, tak tahu nak guna BM ke BI.
Nak guna BI sebab konon ada appeal to mass audience.
Tapi BI aku pun macam telur separuh masak je.
Akhirnya blog tu pun terbengkalai.
Ada lah lagi beberapa blog yang aku tulis.
Tapi entah ke mana perginya, aku pun tak tahu.
Dan tiba-tiba hari ini aku rasa macam rajin nak menulis.
Menulis pasal apa?
Orang lain ada agenda.
Orang lain ada tujuan.
Orang lain ada isu.
Aku rasa aku pun ada semua itu.
Aku rasa lah.
Aku nak cerita pasal apa-apa saja sehingga 3 tahun akan datang.
Kenapa 3 tahun?
Sebab aku ada agenda, tujuan dan isu.