September 26, 2014

Kimoterapi

AsSalam.
Lama tak menjengah blog ni.
Rindu pulak.
Tapi kadang-kadang tak tau apa yang nak dikongsikan.
Sebab yang banyak dikongsikan sekadar gambar-gambar makanan melalui Instagram.
Kadang-kadang nak menaip tu rasa malas yang amat sangat.
Kadang-kadang tak tergerak jari-jemari nak menaip sebab tak ada tenaga akibat kimoterapi.
Talking about chemotherapy, today is my fifth cycle out of 6 planned cycles for my chemotherapy sessions.
Each cycle has 2 sessions - day 1 and day 8.
Today is day 1 which means I have another 3 more sessions to go.
Memang cepat masa berlalu.
17 minggu lepas, first time menjalani kimoterapi.
Masa tu, mak dan abah temankan.
Tapi untuk sesi seterusnya cuma mak yang temankan sebab abah pun bukannya berapa sihat sangat.
Alhamdulillah tempat buat kimoterapi ni - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam - memang comfortable sangat.
Comfortable untuk saya dan comfortable juga untuk mak saya.
Makanan pun not bad.
Kalau saya tak ada selera makan, mak saya yang habiskan. He he.
Terima kasih mak!
Nak buat kimoterapi ni pun agak payah juga sebenarnya.
Darah putih dan darah merah kena up to certain levels.
Kalau tak, maka kena postpone.
Semalam, asyik batuk dan berhingus.
Pagi tadi cuak juga takut kalau-kalau demam.
Sebab kalau demam, tak boleh proceed with chemo.
Alhamdulillah pagi tadi, nurse checked, tak demam.
Tapi petang tadi, nurse checked lagi, demam pulak.
Ah sudah!
Tak lama lepas tu, dia datang check lagi.
Tak demam! Yay!
Nurse cakap "nasib baik tak demam pulak, kalau tak kena stop ni!"
Hu hu.

p/s: sekarang dah nak dekat 12 jam buat chemo. lagi 7 jam. 4-5pagi baru habis. *sigh*

August 19, 2014

Mydin (Maidin)

Assalamualaikum wbt.

First and foremost, Al-Fatihah buat pelawak veteran yang tidak asing lagi, Allahyarham Maidin Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas.
Saya bukan lah peminat beliau.
Sekadar pernah menonton aksi-aksi lawak beliau dalam filem ataupun kaca televisyen.
Ada lawak yang memang tak kering gusi dibuatnya.
Tapi ada juga lawak yang entah apa-apa.
Tak kisah lah tu.
Teringat pulak malam tadi plan dengan adik dan mak nak pergi groceries shopping.
Kat Parit Buntar ni bukannya ada shopping mall atau pasaraya besar pun.
Setakat orang panggil supermarket tu ada lah.
Saya selalu beli barang di supermarket namanya APOLLO.
Kelas kan namanya.
Nama ada ciri-ciri angkasa lepas. Ha ha.
Ada juga ciri-ciri kek/roti.
Apollo ni saya suka pergi sebab senang parking kereta dan tak ramai orang.
Tentang harga....ada barang harganya lebih mahal dan ada yang lebih murah.
Depends on the products.
Kena pandai menilai dan buat perkiraan sendiri.
So, malam tadi memang rancangannya nak pergi Apollo.
Tapi adik balik kerja bagitau "Apollo tutup!"
Tak pasti Apollo tutup pada hari itu ataupun ditutup terus.
Yang pasti, kalau Apollo ditutup terus pun bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sebab?
Sebab sebelum hari raya baru ini, Parit Buntar dah ada sebuah pasaraya besar.
Taklah sebesar Tesco dan bukan juga sebesar Aeon Big.
Giant pun bukan.
It's Pasaraya Besar MYDIN! He he.
Macam sangat teruja je bunyinya kan.
Teruja jugak la.
Lagipun first time Parit Buntar ada shopping mall.
Mydin ni terletak dalam mall yang diberi nama KERIAN SENTRAL MALL.
Teruja kan? He he.
Teruja jugak la.
So, mengikut perkiraan saya yang tak berapa expert ni, kemungkinan besar ada supermarket yang akan gulung tikar dengan adanya Mydin ni.
Calon utamanya, supermarket yang sambutannya cuma suam-suam kuku iaitu Apollo.
Jadi malam tadi terpaksa lah cancel plan nak groceries shopping di Apollo.
Kena pergi tempat lain.
Ke Mydin ke?
Tak jugak.
Kami ke ECONSAVE.
He he.

p/s: baru sekali je pergi Mydin Parit Buntar dan Kerian Sentral Mall. hu hu.

August 18, 2014

Makan Hati

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir setengah tahun blog ini tak diupdate.
Biasalah, kalau dah lama macam tu, macam-macam lah yang dah terjadi.
Termasuk lah kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.
Al-Fatihah.
Tak nak lah cerita sangat pasal tu sebab the news has been everywhere.
Rasanya semua orang dah expert bercerita pasal MH370 dan MH17.
Cerita pasal Cadbury dan boikot memboikot ni pun saya tak nak sentuh.
Macam-macam pendapat, macam-macam komen, ada yang suka, ada yang tak suka.
Macam-macam.
Itu belum cerita bab cik Kiki kita.
He he.
Itu lah macam-macam yang terjadi in half a year.
Dalam hal-hal macam ni, di IG, twitter dan facebook masing-masing berlumba nak jadi keyboard warrior.
Entah lah. Bila baca komen dan pendapat mereka ni, rasanya ramai yang ikut sedap mulut je.
Macam tak ada hati dan perasaan.
Boleh makan hati dibuatnya.
Ha ha.
And talking about makan hati ni, saya pun sekarang ni kena makan hati.
Bukan lah banyak.
Cuma lebih dari biasa.
Ye lah, bila dah buat chemotherapy ni, darah merah dan darah putih jadi rendah.
Jadinya, kena la makan makanan yang boleh menaikkan darah (bukan marah-marah ye).
Contohnya kerang, bayam merah, buah naga dan termasuk lah hati.
Hati ni sebenarnya memang favorite saya.
Tapi tak lah makan selalu sebab ada info kata hati ni bukanlah bagus sangat untuk dimakan.
Tapi saya memang suka hati (bukan gembira ya).
Hati lembu masak kicap memang saya suka.
Minggu lepas berpeluang masak masakan itu dan berpeluang juga berkongsi gambar dalam fb dan instagram.
InsyaAllah hari ini saya nak masak hati lagi.
Mungkin hati digoreng bersama bawang, cili dan diletak sedikit asam jawa.
Kalau jadi, nanti saya sharekan dengan anda semua ya.
Jangan ada yang makan hati cukup!
Ha ha.

p/s: hari ni kita belajar 3 simpulan bahasa - makan hati, naik darah dan suka hati. he he. :)

February 28, 2014

Dr. Selvi

Assalamualaikum.
Dah dua hari tak berblogging.
Sekarang dah pukul 10.43pm.
Biasalah, waktu-waktu macam ni, mata degil sangat.
So I guess it's time for me to continue writing lah.
Dr. Selvi.
Mesti pelikkan tiba-tiba aku nak cerita tentang seseorang.
Nama Dr. Selvi selalu aku dengar since first day aku dimasukkan ke wad Palliative Care Unit.
Masa tu yang aku tau ibu Dr. Selvi duduk bersebelahan dengan katil aku.
Sesekali bila aku nak ke bilik air, aku boleh nampak ibu Dr. Selvi sedang terbaring.
Nampak kesakitan di wajahnya tetapi beliau masih bertenaga.
Kadangkala terdengar suara Dr. Selvi sedang bercakap sesuatu di dalam Bahasa Melayu yang cukup lancar dengan maidnya.
Dengar suara pun dah tau orangnya cukup baik.
Melalui perbualan di antara makcik aku yang datang melawat dan nurse yang sedang bertugas, aku dapat tahu yang suami Dr. Selvi juga seorang doktor yang terkenal dengan sikap yang amat friendly dan baik dengan patients nya.
Sehari selepas itu, ibu Dr. Selvi dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang untuk rawatan seterusnya.
Jadi katil di sebelah aku dihuni oleh orang lain.
Suara Dr. Selvi dah tak aku dengar lagi.
Until Wednesday, bila aku kena buat ultrasound untuk penyakit aku ni.
Baru lah aku tau yang Dr. Selvi ni pakar radiologi di Hospital BM ni.
He he.
Walaupun ultrasound ni tak ada apa sangat pun (tak menyakitkan), tapi cara Dr. Selvi ni sangat calming.
Very soft spoken.
Tak ramai doktor yang boleh jadi seperti Dr. Selvi, in my opinion.
Kalau ada pun, boleh nampak diorang tak berapa ikhlas.
Tapi, in general, aku akui kebanyakan doktor-doktor kat Malaysia ni (or at least kat hospital that I've been to) memang baik-baik.

p/s: Dr. Selvi ni tinggi orangnya, tapi sampai sekarang tak pernah jumpa husband dia yang ramai orang puji baik tu.

February 25, 2014

Lelap

Assalamualaikum wbt.
Dah pukul 12.59am.
Mata tak boleh lelap.
Tak boleh atau tak mahu, aku tak pasti.
Yang pasti aku tak boleh lelap.
Definitely there are thousands of things wandering around my mind.
My second night here.
Here....where?
Wad. Hospital.
Yup.
Di sinilah aku.
Ditemani oleh seseorang yang paling aku sayangi di dunia ini.
Mak.
Yang kini telah lelap.
Kasihan mak.
Mungkin malam pertama dia pun sukar nak lelapkan mata.
Aku pun, actually.
Maybe dengan environment yang berbeza membuat kita ambil masa untuk lelap.
Tapi malam ni mak nampak dah boleh sesuaikan diri.
Dah lelap.
Aku je yang belum lelap.
Banyak yang aku fikirkan.
Bukan setakat bagaimana nak lelapkan mata.
Entah.
Susah nak diperkatakan.
Sebab terlalu banyak perkataan yang perlu.
Kalau diperkatakan, rasanya aku takkan lelap untuk mungkin seminggu lagi.
He he.

p/s: boleh ke kira biri-biri dapat melelapkan mata?

February 24, 2014

Baru

Assalamualaikum wbt.
Baru ni lah nak update blog ni.
Baru teringat yang aku dah terlalu lama tak menjengah blog ni.
Kalau roti memang dah berkulat sangat dah ni.
Tapi bukannya baru sekarang aku ada niat nak update blog ni.
Dah lama.
Cumanya baru sekarang berkesempatan.
Sebelum terlupa, Selamat Tahun Baru!
Baru sekarang nak wish?
He he!
Ye la, sebab baru sekarang ada masa.
Ok back to blogging!
Sekarang ni sebenarnya aku berada di persimpangan dilema.
Cewah.
Banyak yang terjadi pada diri aku baru-baru ini.
Bukan baru-baru ni je actually.
In fact for the past two years or so.
Ada kawan suggest aku ceritakan dalam blog.
Ada yang lagi tiga suku suruh aku filemkan.
Ha ha!
Ingat aku siapa...Brad Pitt? LOL!
Tapi tu lah...mood blogging aku ni tak menentu.
Kejap nak. Kejap malas. Kejap nak tapi malas.
So itu lah dia.
I haven't made up my mind yet.
Kalau aku rajin nak mengabadikannya dalam blog, you might be able to read it soon.
Kalau tak, maka korang kena layan lah entry aku yang merapu....macam entry baru aku di tahun baru ini....he he!

p/s: baru lepas makan bubur keledek.