February 28, 2014

Dr. Selvi

Assalamualaikum.
Dah dua hari tak berblogging.
Sekarang dah pukul 10.43pm.
Biasalah, waktu-waktu macam ni, mata degil sangat.
So I guess it's time for me to continue writing lah.
Dr. Selvi.
Mesti pelikkan tiba-tiba aku nak cerita tentang seseorang.
Nama Dr. Selvi selalu aku dengar since first day aku dimasukkan ke wad Palliative Care Unit.
Masa tu yang aku tau ibu Dr. Selvi duduk bersebelahan dengan katil aku.
Sesekali bila aku nak ke bilik air, aku boleh nampak ibu Dr. Selvi sedang terbaring.
Nampak kesakitan di wajahnya tetapi beliau masih bertenaga.
Kadangkala terdengar suara Dr. Selvi sedang bercakap sesuatu di dalam Bahasa Melayu yang cukup lancar dengan maidnya.
Dengar suara pun dah tau orangnya cukup baik.
Melalui perbualan di antara makcik aku yang datang melawat dan nurse yang sedang bertugas, aku dapat tahu yang suami Dr. Selvi juga seorang doktor yang terkenal dengan sikap yang amat friendly dan baik dengan patients nya.
Sehari selepas itu, ibu Dr. Selvi dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang untuk rawatan seterusnya.
Jadi katil di sebelah aku dihuni oleh orang lain.
Suara Dr. Selvi dah tak aku dengar lagi.
Until Wednesday, bila aku kena buat ultrasound untuk penyakit aku ni.
Baru lah aku tau yang Dr. Selvi ni pakar radiologi di Hospital BM ni.
He he.
Walaupun ultrasound ni tak ada apa sangat pun (tak menyakitkan), tapi cara Dr. Selvi ni sangat calming.
Very soft spoken.
Tak ramai doktor yang boleh jadi seperti Dr. Selvi, in my opinion.
Kalau ada pun, boleh nampak diorang tak berapa ikhlas.
Tapi, in general, aku akui kebanyakan doktor-doktor kat Malaysia ni (or at least kat hospital that I've been to) memang baik-baik.

p/s: Dr. Selvi ni tinggi orangnya, tapi sampai sekarang tak pernah jumpa husband dia yang ramai orang puji baik tu.

No comments:

Post a Comment