August 19, 2014

Mydin (Maidin)

Assalamualaikum wbt.

First and foremost, Al-Fatihah buat pelawak veteran yang tidak asing lagi, Allahyarham Maidin Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas.
Saya bukan lah peminat beliau.
Sekadar pernah menonton aksi-aksi lawak beliau dalam filem ataupun kaca televisyen.
Ada lawak yang memang tak kering gusi dibuatnya.
Tapi ada juga lawak yang entah apa-apa.
Tak kisah lah tu.
Teringat pulak malam tadi plan dengan adik dan mak nak pergi groceries shopping.
Kat Parit Buntar ni bukannya ada shopping mall atau pasaraya besar pun.
Setakat orang panggil supermarket tu ada lah.
Saya selalu beli barang di supermarket namanya APOLLO.
Kelas kan namanya.
Nama ada ciri-ciri angkasa lepas. Ha ha.
Ada juga ciri-ciri kek/roti.
Apollo ni saya suka pergi sebab senang parking kereta dan tak ramai orang.
Tentang harga....ada barang harganya lebih mahal dan ada yang lebih murah.
Depends on the products.
Kena pandai menilai dan buat perkiraan sendiri.
So, malam tadi memang rancangannya nak pergi Apollo.
Tapi adik balik kerja bagitau "Apollo tutup!"
Tak pasti Apollo tutup pada hari itu ataupun ditutup terus.
Yang pasti, kalau Apollo ditutup terus pun bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sebab?
Sebab sebelum hari raya baru ini, Parit Buntar dah ada sebuah pasaraya besar.
Taklah sebesar Tesco dan bukan juga sebesar Aeon Big.
Giant pun bukan.
It's Pasaraya Besar MYDIN! He he.
Macam sangat teruja je bunyinya kan.
Teruja jugak la.
Lagipun first time Parit Buntar ada shopping mall.
Mydin ni terletak dalam mall yang diberi nama KERIAN SENTRAL MALL.
Teruja kan? He he.
Teruja jugak la.
So, mengikut perkiraan saya yang tak berapa expert ni, kemungkinan besar ada supermarket yang akan gulung tikar dengan adanya Mydin ni.
Calon utamanya, supermarket yang sambutannya cuma suam-suam kuku iaitu Apollo.
Jadi malam tadi terpaksa lah cancel plan nak groceries shopping di Apollo.
Kena pergi tempat lain.
Ke Mydin ke?
Tak jugak.
Kami ke ECONSAVE.
He he.

p/s: baru sekali je pergi Mydin Parit Buntar dan Kerian Sentral Mall. hu hu.

August 18, 2014

Makan Hati

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir setengah tahun blog ini tak diupdate.
Biasalah, kalau dah lama macam tu, macam-macam lah yang dah terjadi.
Termasuk lah kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.
Al-Fatihah.
Tak nak lah cerita sangat pasal tu sebab the news has been everywhere.
Rasanya semua orang dah expert bercerita pasal MH370 dan MH17.
Cerita pasal Cadbury dan boikot memboikot ni pun saya tak nak sentuh.
Macam-macam pendapat, macam-macam komen, ada yang suka, ada yang tak suka.
Macam-macam.
Itu belum cerita bab cik Kiki kita.
He he.
Itu lah macam-macam yang terjadi in half a year.
Dalam hal-hal macam ni, di IG, twitter dan facebook masing-masing berlumba nak jadi keyboard warrior.
Entah lah. Bila baca komen dan pendapat mereka ni, rasanya ramai yang ikut sedap mulut je.
Macam tak ada hati dan perasaan.
Boleh makan hati dibuatnya.
Ha ha.
And talking about makan hati ni, saya pun sekarang ni kena makan hati.
Bukan lah banyak.
Cuma lebih dari biasa.
Ye lah, bila dah buat chemotherapy ni, darah merah dan darah putih jadi rendah.
Jadinya, kena la makan makanan yang boleh menaikkan darah (bukan marah-marah ye).
Contohnya kerang, bayam merah, buah naga dan termasuk lah hati.
Hati ni sebenarnya memang favorite saya.
Tapi tak lah makan selalu sebab ada info kata hati ni bukanlah bagus sangat untuk dimakan.
Tapi saya memang suka hati (bukan gembira ya).
Hati lembu masak kicap memang saya suka.
Minggu lepas berpeluang masak masakan itu dan berpeluang juga berkongsi gambar dalam fb dan instagram.
InsyaAllah hari ini saya nak masak hati lagi.
Mungkin hati digoreng bersama bawang, cili dan diletak sedikit asam jawa.
Kalau jadi, nanti saya sharekan dengan anda semua ya.
Jangan ada yang makan hati cukup!
Ha ha.

p/s: hari ni kita belajar 3 simpulan bahasa - makan hati, naik darah dan suka hati. he he. :)