April 17, 2012

Chef Bunga Lawang Presents

Alahai sepantas kilat Bro Beg Galas buat appearance dalam blog ini.
Eleh, excited la tu konon jadi assistant En. Remy I.
Hello, ini Chef Bunga Lawang, ok!
I pun assistant En. Remy I. juga ya!
Ha ha.
Tapi uols jangan risau, Bro dengan Chef ni bukan bermusuhan ya.
Kami BFF gittew! Ciom molots lagi.
Ahaks! (tutup mulut)
Apa-apa hal pun, terima kasih la En. Remy I. kerana menjadikan Chef Bunga Lawang one of his assistants.
So where do I start?
Kejap ye, Chef nak tengok dalam kitchen, apa yang boleh Chef share dengan uols hari ini.
OK lah, sekarang ini pun dah pukul 4 petang kan, so Chef ingat nak buat something untuk minum petang, bleh gittew?
Puding Roti!

Bahan-bahan untuk puding roti:-

  1. Lebih kurang 6-10 keping roti yang dah agak lama. Jangan la lama sangat yang sampai nak berkulat ye. Nanti uols masuk hospital, sapa nak jawab? Chef jugak!
  2. 2 sudu besar butter, sila cairkan ya!
  3. 4 biji telur, dipukul!
  4. 2 cawan susu – Chef guna susu penuh krim ya, nak guna susu lain pun boleh!
  5. Tiga suku cawan gula
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis
  7. 1 sudu teh vanilla extract

Actually kuantiti bahan-bahan ini terpulang pada budi bicara uols ye, kalau rasa tak cukup, sila tambah, kalau rasa terlebih, sila kurangkan.

Sekarang Chef nak preheat oven to 175 degrees C.
Lepas ittew, carik-carikkan roti tadi, jangan sampai hancur pulak ye.
Kalau Chef, Chef suka potong sekeping roti jadi 4 keping tiga segi.
Susun dalam baking pan 4 segi berukuran 8 inci.
Size baking pan ikut suka uols.
Kalau besar, kena letak banyak roti lah ye.
Tuang butter yang dah cair tadi atas roti.
Kalau rasa nak tambah raisins, letak je…nak letak epal pun boleh, tak kisah la.
Ambik mangkuk (bukan mangkuk hayun ye!) yang sederhana, campurkan telur, susu, gula dan serbuk kayu manis bersama-sama.
Pukul mereka semua. LOL.
Kemudian tuangkan ke atas roti tadi.
Tekan-tekan sikit supaya semua roti ditenggelamkan oleh bancuhan tadi.
Biarkan atau masuk dalam fridge selama lebih kurang setengah jam.
Kenapa uols tanya?
Supaya bancuhan tadi meresap sepenuhnya ke dalam roti.
OK. Sekarang Chef masukkan dalam oven.
Tunggu lebih kurang 45 minit.
Taraaaaaaaaaaaa!!!!! ;)
Sedap dimakan dengan vanilla ice-cream dan lain-lain yang sewaktu dengannya.




OK lah uols.
Jangan lupa mencuba recipe yang Chef bagi ya.
Kalau tak jadi jangan salahkan Chef ya.
Jangan sebab tak reti masak uols nak salahkan Chef pulak.
Ha ha.
OK lah. Chef nak layan buku masak Jamie Oliver jap.
Tak khatam-khatam lagi.
Daaaaaaaa!!!!

No comments:

Post a Comment