December 7, 2011

Pelangi

Agak lama tak update blog ni.
Sibuk sikit.
Tak pun buat-buat sibuk sikit.
Ha ha.
Time aku tulis blog ni hujan tengah turun.
Agak lebat.
Dah lama hujan tak turun lebat macam ni.
Bagus juga.
Tiba-tiba teringat cerita “Nur Ain” dalam slot Cerekarama last week.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.
Dan dia turunkan petir dan hujan.
Kita pun tertanya-tanya di manakah matahari?
Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.”

Aku rasa ramai yang dah pernah dengar ayat-ayat tu.
To be honest, baru masa tengok “Nur Ain” itu pertama kali aku dengar.
Aku tak pasti sangat apa maksud ayat-ayat itu.
Tapi mengikut pemahaman aku, matahari itu umpama satu cahaya ataupun hikmah.
Jadi, adakalanya Allah sembunyikan seketika cahaya ataupun hikmah di dalam kehidupan kita.
Dan didatangkan pula dugaan dan cabaran kepada kita untuk melihat sejauh mana kesabaran kita.
So, petir dan hujan tu pula umpama dugaan, cabaran, kesakitan, kesedihan dan apa juga lah yang berlaku dalam hidup kita.
Agaknya sebab itu orang kata, mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan itu.
Hikmah tu kan telah disembunyikan seketika.
Dan apabila kita melalui dengan penuh kesabaran dan kecekalan, Allah akan kembalikan hikmah itu dan bukan itu sahaja, Allah hadiahkan sesuatu yang lebih lagi, iaitu pelangi.
Pelangi itu mungkin sesuatu yang tidak pernah kita expect kita akan dapat sebelum ini.
Betul tak tafsiran aku?
Kalau tak betul, tolong betulkan ya.
Saya budak baru belajar.
Ha ha.



No comments:

Post a Comment