December 19, 2011

Empat Setengah Bintang

Malam Ahad lepas aku pergi tengok Songlap di Sunway Carnival, Seberang Jaya.
Tengok trailer kat tv memang nampak best.
Bila baca review dalam The Star, reviewer kata “don’t miss it!”.
Tapi sebelum baca review memang dah book guna MaxisMovies apps, taking advantage of Buy 1, Free 1 promotion.
Aku agak skeptical sikit dengan Shaheizy Sam.
Bukannya apa, selepas dia berlakon dalam cerekarama Pa’e bertahun-tahun yang lepas, aku rasa dia tak banyak melakonkan watak yang boleh menunjukkan kredibiliti dia sebagai seorang pelakon yang cukup hebat.
No doubt, dia memang popular lah.
Lakonan dia selama ini banyak menjurus kepada yang watak yang agak komedi.
So aku teringin nak tengok dia bawa watak yang lebih serius, so I thought Songlap would be that one film.
Shafie Naswip aka Mukhsin bagi aku dia memang seorang pelakon yang hebat.
Pernah tengok Mukhsin, pernah juga tengok drama-drama lain yang dia lakonkan.
Aku tak ada masalah dengan lakonan dia.
Sara Ali.
Nama baru.
Dalam The Star kata, lakonan dia mantap walaupun dialog dia cuma ada lebih kurang 20 lines.
Aku tak pernah tengok Sara Ali berlakon.
Tapi akhir-akhir ini selalu nampak dia kena interview kat tv.
Tengok cara dia bercakap macam agak kasar which for me is something new kalau nak dibandingkan dengan pelakon-pelakon wanita baru yang lain yang semuanya berlagak ala-ala ayu gitu kan.
Tapi lakonan hampeh.
Ha ha ha.
Review kata antara pelakon-pelakon yang bawa watak dengan cukup berkesan ialah Normah Damanhuri, Rozie Rashid dan Omar Abdullah.
Jadi malam Ahd lepas aku tengok Songlap.
Empat setengah bintang! (daripada lima)


No comments:

Post a Comment