December 1, 2011

Malu

Malu.
Adakah malu itu sesuatu yang positif atau negatif?
Kadang-kadang kita perlu ada sifat malu dalam diri kita.
Maknanya ianya sesuatu yang positif.
Dan kadang-kadang kita juga perlu kikis sifat malu dalam diri kita.
Jadi ianya sesuatu yang negatif lah?
Ha ha.
Confusing, isn’t it?
Senang sahaja.
Macam perkara-perkara lain, semuanya hendaklah secara sederhana.
Jangan berlebihan.
Malu lebih sangat, susah juga kan.
Ini malu, itu malu.
Tak malu terlebih sangat, lagi lah susah kan.
Ini tak malu, itu tak malu.
All in all, malu ini boleh jadi positif, boleh jadi negatif.
Aku tak nafikan, perasaan malu masih ada dalam diri aku.
Mungkin dah kurang sikit.
Sekarang ini nak buat apa, nak pakai apa, lantak aku lah.
Kalau dulu, buat apa, pakai apa, itu ini, semua fikir macam-macam.
Nanti apa orang kata?”
Kalau nak ikut apa orang kata, susah lah kan.
So, sekarang ini apa-apa pun, aku ikut apa aku kata, bukan apa orang kata.
Dulu masa kecil-kecil, tak ada sangat perasaan malu.
Masuk fashion show pakai baju askar pun tak malu.
Ha ha.
Lepas itu masuk sekolah menengah, ada la perasaan malu.
Bukan malu sikit.
Malu banyak.
Bila dah besar sikit, dah tahu fikir, tau bila nak malu, tau bila nak tak tau malu.
Lebih-lebih lagi bab makan.
Itu ada masanya kita kena tak tau malu.
Kalau malu bab-bab makan ini, memang susah.
Ha ha.



No comments:

Post a Comment