December 20, 2011

Resipi Rambut Pari-pari (atau Malaikat?) Goreng

Minggu lepas ada kawan aku suggest untuk buat photo cook-off.
Just for fun.
So we decided to make a pasta dish for the photo cook-off.
Aku bukannya expert bab masak-memasak ni, but can do lah!
Aku google cari resipi yang paling menarik untuk ditonjolkan.
Something unique.
Something exotic gitu.
And something unexpected.
Tak tau la if recipe yang aku tengok ni cukup unik, cukup eksotik dan cukup tidak dijangka.
Tapi aku nak share dengan korang.
Tapi aku tak nak specify berapa banyak kena letak bahan-bahan itu.
Sebabnya bila nak masak ini bagi aku ikut suka hati tekak korang.
Nak banyak garam, letak lah. Nak banyak gula letak lah.
Nanti aku cakap letak 2 sudu, korang kata tak cukup manis.
Aku cakap letak 2 cubit, korang kata terlebih masin.
Last-last aku yang kena cubit.
Ha ha.
Sorry, lawak bodoh.
So here it is – My Stir-Fry Angel Hair with Fried Egg

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Suka hati nak guna olive oil ke (which is better) atau minyak yang korang selalu guna. Yang nak makan korang, bukan aku.
  2. Tumiskan bawang putih. Aku suka bawang putih. Jadi, aku memang letak banyak bawang putih. Jangan sampai kuning sangat, Cukup bila sampai naik bau.
  3. Masukkan cendawan. Suka hati cendawan yang macam mana. Nak letak cendawan butang ke, tak kisah lah. Aku suka letak shiitake mushroom sebab nampak fresh dan texture and color dia menarik. Me likey!
  4. Lepas tu letak sedikit garam dan sedikit kiub ayam. Ataupun korang boleh letak penambah perisa yang “Cukup Rasa” tu.
  5. Then masukkan snow peas. Dalam Bahasa Melayu apa ya? Kacang salji? Ha ha. Bukan kot. Aku pun tak tahu. Macam kacang muda. Pandai-pandai lah korang. Kalau tak tahu, google. Kalau tak jumpa, masukkan je sayur lain. Tak berdosa pun.
  6. Oh ya, sebelum tu, boleh la korang rebus pasta. Aku guna Angel Hair sebab kecil, senang nak gaul. Tapi korang boleh guna spaghetti ke, penne ke, macaroni ke, apa-apa sahaja lah yang korang suka.
  7. Jadi boleh la masukkan pasta dalam kuali yang kita masak tadi. Dan gaul.
  8. Letakkan juga basil and oregano. Kalau ada yang fresh, lagi bagus. Tapi aku guna yang dried saja.
  9. Lepas itu korang boleh letak sayur-sayur yang korang suka lah. Macam aku, aku tak suka letak banyak-banyak. Aku letak red bell pepper and cherry tomatoes.
  10. Kalau nak tambah pedas sikit, masukkan crushed black pepper.
  11. Dah siap.
  12. Hidang dalam pinggan. Lepas itu goreng telur. Aku suka telur goreng yang tak berapa masak. Yang kuning dia cair lagi. Fuhhh….heaven!
  13. Lepas itu boleh letakkan chilli flakes untuk lebih KICK!
  14. Tamat.
  15. Kat bawah ini ada gambar. 
Dish ni dapat Most Appealing/Best Presentation Award. Ha ha!
Mengancam jiwa tak bila tengok gambar ni.

No comments:

Post a Comment